Pada suatu hari, berlaku kecurian didalam istana. Sang raja kehilangan sebentuk cincin pusaka kesayangannya. Lantas sang raja pun memanggil Pak Pandir datang. “ Beta kehilangan cincin. Cincin itu amat beta sayang kerana ia pemberian ayahanda beta. Tolong cari siapa pencurinya,” arah sang raja.

Pak Pandir lalu mendapan satu akal untuk memerangkap pencuri itu. Pak Pandir pun mengumpulkan semua pekerja istana yang mempunyai akses untuk masuk ke bilik raja. Kemudian, setiap seorang pekerja itu diberikan sebatang kayu yang sama panjang kesemuanya.

“Kita akan tahu siapa pencurinya esok. Batang kayu orang yang mencuri cincin raja akan bertambah panjang sebanyak dua inci esoknya,” kata Pak Pandir.

Keesokan harinya, pekerja itu dikumpulkan semula dan diminta menunjukkan batang kayu yang diberikan semalam. Dalam ramai-ramai pekerja itu, hanya seorang yang batang kayunya pendek sebanyak dua inci.

“Inilah pencuri cincin itu,” beritahu Pak Pandir kepada sang raja.

Raja bertanya, bagaimana kamu tahu dia pencuri cincin beta.

Jawab Pak Pandir, “Dia telah memotong batang kayu ini sebanyak dua inchi kerana takut ia bertambah panjang pada hari ini. Hanya pencuri yang akan risau tentang perubahan panjang batang kayu itu.”

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *